Tazkirah Remaja: Bahaya barah maksiat batin
Bersama Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
"BANYAK konflik berlaku, sudah hendak kiamatlah," kata seorang teman kepada penulis pada suatu pagi di kedai mamak.
Semua tidak kena satu pihak salahkan pihak yang lain begitulah sebaliknya.
Pembaca sekalian, adakah anda sedang berkonflik atau mungkin mengharunginya dengan perasaan yang melukakan?
Terdapat banyak punca berlaku konflik, antaranya sifat hati yang kotor. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Dalam hati manusia ada seketul daging, jika baik dia maka baiklah yang lain, jika rosak daging ini maka akan rosaklah anggota lain, daging seketul itu adalah hati."
Hati kotor ini akan berjangkit dalam bentuk emosi yang akhirnya akan melakukan tindakan tidak rasional. Inilah yang dinamakan dengan maksiat batin. Di sini timbul seribu satu perangai negatif yang akhirnya akan menjurus kepada berlakunya konflik.
Antara maksiat batin itu seperti:
1) Maksiat perut iaitu seseorang itu terlalu banyak makan makanan yang tidak halal atau haram seperti meminum arak dan makanan yang dimakan dari punca rezeki yang tidak halal.
2) Maksiat mata iaitu seseorang yang suka melihat kepada bahan lucah dan haram.
3) Maksiat lidah yakni bercakap perkara-perkara yang tidak elok seperti mengumpat dan memfitnah.
4) Maksiat faraj bermaksud melakukan hubungan jenis di luar nikah dan lain-lain perhubungan jenis yang tidak dibenarkan.
5) Maksiat tangan yang bermaksud mencuri harta orang lain, menyeleweng kuasa yang diamanahkan dan juga mendapatkan harta secara haram.
6) Maksiat kaki bermaksud sentiasa mengunjungi ke tempat maksiat seperti ke kelab malam, tempat pelacuran dan tempat perjudian.
7) Maksiat telinga bermaksud mendengar perkara-perkara yang tidak elok seperti mendengar orang sedang mengumpat, memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain.
Maksiat batin ini seterusnya akan berjangkit pula ke arah maksiat zahir, antaranya:
• Bercakap banyak
• Suka marah-marah
• Berhasad dengki
• Bakhil
• Suka bermegah-megah
• Sombong dan takbur dengan diri sendiri
• Cintakan dunia
• Suka memfitnah
• Ujub iaitu menyangka dirinya terlalu sempurna
• Riak iaitu perbuatan yang dilakukan semata-mata kerana terlalu inginkan pujian dan sanjungan dari orang lain.
Apabila seseorang Islam itu melakukan maksiat yang dinyatakan di atas, maka akan bertambahlah titik dosa dalam dirinya yang menjadikan dirinya mengalami lebih konflik.
Bagi mengatasi masalah dan konflik itu mestilah berbalik kepada Islam dengan menghayati hak orang lain seperti mengawal hati dengan ibadat khusus serta sunat dalam ibadat umum. Mesti merasai roh ukhuwah yang mendalam dengan ikatan akidah yang kuat serta percaya kepada hari akhirat.
Segala perbuatan yang dikira itu akan merendahkan keegoan yang bersarang dalam nafsu kita dan Insya-Allah akan mengurangkan konflik.
Thursday, November 12, 2009
"...pasti kamu sangka Allah membenci dirimu kerana menurunkan bermacam ujian."
Tuhan tidak pernah 'tinggalkan' kita...
Azamin Amin
Tue | Oct 27, 09 | 11:37:03 am MYT
"...pasti kamu sangka Allah membenci dirimu kerana menurunkan bermacam ujian."
Kadang-kadang ujian silih berganti, pasang-surut tanpa henti membuatkan saya pernah bertanya apakah sebab dilahirkan ke dunia ini. Adakah untuk merasai kesakitan dan 1000 kepayahan mendatang?
Kata-kata itu terpacul tatkala, saya masih cukup naif agama dan kosong jiwa. Lantas, bertanya kepada seorang tua, di sebuah warung, berhampiran rumah bujang saya kira-kira 15 tahun lalu.
"Azamin...pasti kamu sangka Allah membenci dirimu kerana menurunkan bermacam-macam ujian. Jangan bersangka buruk kepada tuhan," kata lelaki beruban, lewat usia 50an itu, membuatkan saya tertunduk.
"Muhammad, kekasih Allah itu dibaling batu, dilempar najis dan kakinya terpijak duri-duri yang sengaja di letakkan di tepi jalan. Giginya patah dan pipinya berdarah sewaktu perang.
"Pernah disihir dan usaha untuk membunuhnya tidak pernah surut. Lawannya sentiasa mengejek dan menghinanya.
"Lalu adakah ujian-ujian itu tanda Muhammad itu dibenci dan dipinggirkan Tuhan?" soalnya lagi dan kali ini air mata saya mula bergelinangan.
Dan dialog itu, terus menerkam sanubari, bilamana saya dihurung musibah. Kadang-kadang saya merasa penat dan adakalanya hampir putus asa. Sebabnya, tak jemu-jemu ujian dan masalah hinggap dalam kehidupan.
Bila saya mengaji dan terbaca terjemahan surah Al-Baqarah, ayat 155, barulah hati saya reda dan tenang semula.
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa (kematian) serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:"
Saya bertanya lagi kepada pakcik itu, kenapa orang lain bahagia, kaya, berjaya dan hidup aman makmur berbanding saya.
"Sebenarnya kamu lihat dengan mata kepala bukan dengan mata hati...lantas apa yang dilihat hanya zahir semata-mata. Kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan mereka dinilai dengan apa yang ada di depan mata kamu.
"Kamu tidak tahu di sebalik semua itu. Hutang keliling pinggang, penipuan, kesakitan, kepayahan dan ujian-ujian yang dihadapi mereka. Dan tidakkah Azamin tahu, ujian paling bahaya adalah ujian kesenangan!
"Jika kita sakit serta susah, kita mengadu dan menyebut Allah tetapi bila sihat dan senang, adakanya kita lupa dan alpa..." katanya membuatkan saya terdiam seketika.
Ya benar, kita sentiasa lupa pada-Nya tetapi Allah tidak pernah lupa dan tinggalkan kita, apatah lagi di kala berlaku kesulitan dan kepayahan.
Kira-kira enam tahun lalu, saya menerima panggilan bahawa bapa saudara saya meninggal dunia di utara. Berat sungguh ujian ketika itu. Sudahlah sayu dan pilu, saya yang 'kurang' harta ini pula bercampur-baur antara mahu pergi ataupun tidak menziarahi jenazahnya yang juga merupakan adik kepada bonda tercinta.
Saya di Kuala Lumpur, ibu di Negeri Sembilan dan jenazah arwah di Kedah sana. Kocek, cukup-cukup tampung perjalanan pergi sahaja. Kereta juga uzur. Saya bertawakal dan berserah diri bulat kepada Allah. Niat saya untuk membawa ibu, dan mengadap arwah buat kali penghabisan.
Dalam perjalanan, hati cukup resah tanpa disedari ibu, isteri yang sedang menyusukan anak sulung. Apakah sampai di sana nanti, saya akan mengemis atau meminta-minta belas ihsan mendapatkan wang untuk 'tambang' pulang.
Ya Allah, saya berdoa, jauhilah diri saya melakukan sebarang aib dan malu dimuka keluarga.
Selesai pemakaman jenazah, saya ditepuk seorang hamba Allah (pun sudah meninggal dunia empat tahun lalu) sambil bersalam dengan saya.
"Nah, wang belanja sedikit untuk Azamin. Pakcik dah pasang niat bila nampak Azamin tiba subuh tadi. Pakcik tahu Azamin pun susah payah datang sini..." katanya menyebabkan saya menangis termanggu-manggu.
Sangka orang, saya sayu menghadapi pemergian bapa saudara tetapi, saya cukup pilu kerana di sebalik kepayahan dan kerisauan, Allah 'menjawab' keresahan dan kerisauan saya dengan bantuan yang tidak diduga.
Peristiwa kedua cukup menyeramkan saya, ketika dalam perjalanan pulang daripada menziarahi pengebumian jenazah seorang bapa saudara (adik ayahanda saya pula) di Setiawan, Perak pada tahun yang sama. Waktu itu kira-kira 12 tengah malam.
Entah macamana, saya tersesat mencari jalan susur keluar menuju ke Kuala Lumpur. Kalau tidak silap, saya berpusing di tempat yang sama, sekitar kawasan Cenderung Balai, Teluk Intan.
Malam cukup pekat. Tidak ada 'sebiji' kereta pun pada masa itu yang lalu lalang, apatah lagi orang pejalan kaki untuk saya bertanya haluan. Kiri kanan ladang kelapa sawit dan tiada lampu di sepanjang jalan raya.
Lebih menakutkan, tiada papan tanda atau 'sign board' penunjukk jalan kelihatan dan makin mengerikan bilamana minyak kereta sudah hampir habis. Aduhai.
Saya cuba untuk bertenang, supaya isteri yang duduk di kerusi belakang kereta sambil membelai anak berusia setahun tidak berkongsi kepayahan yang dilalui hati nurani ini. Apatah lagi, minyak kereta juga sudah kekeringan yang amat sangat. Lampu minyak, menyala tanpa henti menandakan bahaya bakal menimpa jika tidak diisi.
"Abang...rasa macam lama je...tak jumpa jalan ke?," soal isteri mengesyaki sesuatu.
"Taklah, abang tengah cari stesen minyak ni..." kata saya berselindung. Memang benar kata isteri, sudah lebih sejam saya memandu di kawasan yang sama, sama gelap dan likat tanpa jumpa jalan keluar.
Tiba-tiba saya nampak sebuah warung dipenuhi orang di sebelah bertentangan kanan jalan. Asalnya mahu gembira, tetapi terbit rasa aneh dan ganjil, bila sebuah warung, di sepanjang jalan gelap dipenuhi orang, jam 12 tengah malam. Sedangkan saya sudah melalui jalan tersebut berkali-kali, tetapi baru kini bertemu warung aneh di malam hari.
Sesat selama sejam
Lantas, dengan kocakan dada yang cukup berdebar, saya memberhentikan kereta di kiri jalan. Pada hemat saya, akal, minda dan perasaan saya sudah cukup letih dan berselirat sehingga melihat perkara-perkara aneh pula.
"Abang...kenapa berhenti?
"Rehat sekejap...rasa mengantuk sikit," kata saya menyembunyikan perasaan takut tadi. Sah..isteri saya tidak nampak, apa yang saya lihat.
Lalu, dengan kekuatan yang saya ada, saya baca surah-surah pendek seperti al-Ikhlas, al-Kafirun dan an-Nas. Lebih kurang 10 minit juga, saya cebiskan beberapa doa yang diajar bonda antaranya:
"Dengan Nama Allah yang dengan nama-Nya tidak akan memberi mudharat apa pun yang ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Riwayat Tirmidzi & Abu Daud)
"Ya, Allah selamatkan aku, isteri dan anakku daripada sebarang malapetaka. Kasihanilah anakku yang tidak berdosa," doa saya kepada Tuhan sambil merenung sikecil yang tidur lena sejak dari tadi.
Saya tarik nafas panjang, dan berserah pada Allah. Kelibat warung sudah tidak kelihatan dan kemudian saya memandu dan terus memandu tanpa hala tuju.
Tiba-tiba, kurang lima minit saya terlihat sebuah papan tanda tertulis 'Kuala Lumpur' dan lima minit kemudian, sebuah stesen minyak kelihatan di sebuah simpang empat.
Alhamdullilah, Allah menyelamatkan saya ketika saya berharap benar pertolongan-Nya.
Suatu hari, sekitar tahun 2002, rumah saya kehabisan, barang keperluan. Ketika itu, dalam hati saya berdoa, janganlah ada tetamu yang datang kerana tidak ada sebarang 'habuk' pun untuk dijamu. Buruk sungguh kelaku saya sehingga berdoa begitu. Bukan apa tetapi saya malu dan khuatir tidak dapat meraikan tetamu dengan juadah yang boleh dijamu.
Ya, kita fikir perancangan dan doa kita betul padahal Allah itu lebih menyayangi kita. Sebenarnya, sudah diajar jika ada tetamu, jamu dan layan sedaya mampu kerana kehadiran mereka, 'membawa' rahmat dan 'membersihkan' dosa.
Bonda saya ada berpesan, jika ada tetamu, apa yang ada di dapur jangan disimpan. Jamulah semuanya kerana utamakan tetamu adalah ajaran Nabi dan agama.
Lantas, selesai sahaja berdoa, tiba-tiba pintu rumah diketuk orang. Doa saya tidak diperkenan, dan tetamu pun datang. Hati saya berbolak-balik. Saya memandang wajah isteri dan memberi isyarat bertenang. Dalam keadaan gelisah, kami mampu jua hidangkan 'teh o bujang' tanpa sekeping biskut pun ada sebagai hidangan.
"Tak pa, Min...kami datang ni nak tengok anak sulung awak, janganlah susah-susah. Lagipun kami ada hal lain lagi," sambil tetamu bersalaman, mengepilkan wang not RM50.00 ke telapak tangan.
Kemudian, air mata basah mula menjadi teman...
Benarlah kata Tuhan, Nabi dan agama. Janganlah kita memandai-mandai berdoa yang tidak baik atau berfikir yang bukan-bukan sedangkan Allah tidak pernah tinggalkan kita.
Apa-apa yang kita rasa dan lalui, adakalanya kita rasakan tidak baik bagi kita sedangkan ianya elok untuk kita dan hanyalah Allah sahaja yang mengetahui.
Ujian yang bertindih, bertali-arus adakala membuatkan saya kerdil dan 'menyumpah' diri dengan kata-kata tidak baik seolah-olah dimurkai tuhan sedangkan ujian itu cukup baik dan manis bagi saya selepas itu.
"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al- Baqarah, ayat 216)
Teringat ketika, putus cinta lantaran kekasih meninggalkan diri saya yang sudah menjalinkan hubungan yang agak lama. Remuk hati dan berkecai perasaan.
Kasih yang dibaja, kononnya untuk membina mahligai, hancur di tengah jalan. Tahun itu, sekitar 1994.
Saya sujud dan bermunajat duka bahawa selepas ini, hanya Allahlah yang menentukan dan memilih buat saya tanpa perlu saya tercari-cari lagi, getus hati kecewa.
Saya adukan keperitan yang ditanggung kepada majikan, yang menjadi kawan rapat saya juga di kala susah. Saya ketika itu berusia 20an manakala majikan yang dikenali Encik Rakha itu, berusia lewat 40an.
"Beginilah min...kau rasa kereta proton Satria itu segak bergaya dan cukup cantik bagi kau sedangkan Allah nak 'mengurniakan' sebuah 'Mercedez Benz' bagi kau di kemudian hari...tetapi kau tak tahu lagi.
"Jika suatu hari nanti, kau dah dapat yang jauh lebih baik dari sekarang...jangan lupa beritahu aku," kata bos lelaki itu yang suka membahasa diri sebagai 'aku'.
Ya, setahun selepas saya berdoa duka lara itu, Allah sekali lagi 'menjawab' keresahan hati saya dan kini saya sekali tersenyum dengan simpulan kata-kata bos lelaki itu tatkala memandang tiga cahaya mata hasil perkongsian kasih nan bahagia bersama jodoh, isteri yang tercinta.
Ya. Setiap yang berlaku ada hikmah. Dan tidak berlaku sia-sia. Sungguhpun perit dilalui ketika berlaku, di kemudiannya, Allah persiapkan kebahagiaan dan kejayaan setelah lama bersabar.
Dan selepas itu, ujian demi ujian terus datang dari Allah yang cukup sayang pada hambanya dan tidak pernah menghampakan, jika diperlukan.
"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar" (An Nisaa ayat 40)
(Sebarang pandangan dan teguran atau apa saja, tanpa teragak-agak silalah majukan kepada saya di azaminamin@yahoo.com)_
cucutokku:kredit kpd saudara Azamin Amin & aisyahhumaira.blogspot.com,semoga Allah merahmati beliau sentiasa,InsyaAllah
Pattani Berdarah lagi..
Dua penuntut sekolah Islam mati ditembak di Pattani
BANGKOK: Dua penuntut sebuah sekolah pengajian Islam berasrama mati, manakala seorang lagi parah apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah mereka di wilayah bergolak Pattani, malam tadi.
Jurucakap polis berkata, Mohamad Mohamad Zin, 24, dan Abdullah Ismail, 18, mati di tempat kejadian manakala Mohamad Sofi Harun, 18, dimasukkan ke Hospital Pattani.
Dalam kejadian jam 8 malam semalam, di daerah Panarek, dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal melepaskan tembakan ke arah ketiga-tiga mereka ketika mereka berjalan ke gerai makan berhampiran untuk makan malam.
Beliau berkata Mohamad juga merupakan guru tadika di sekolah yang sama.
Lebih 3,600 orang terbunuh dalam keganasan yang berlaku sejak kumpulan pemisah memulakan semula gerakan bersenjata pada Januari, 2004 untuk menuntut kemerdekaan bagi tiga wilayah majoriti penduduk Islam iaitu Pattani, Narathiwat dan Yala.
Bangkok, yang menempatkan lebih 60,000 tentera di kawasan itu, berkata kejadian keganasan telah menurun berbanding tahun sebelumnya, tetapi kejadian letupan bom dan tembakan masih berlaku. - Bernama
cucutokku: sumber Berita Harian (9/11/09)&globalmalau.multiply.com,semoga Allah merahmati kamu semua, InsyaAllah
Saturday, November 7, 2009
Aku sedih
aku sedih..mengapa aku bersedih?aku kecewa..mengapa aku kecewa? aku terkilan..mengapa aku terkilan?aku malu....mengapa aku malu?
kerana...
aku banyak melakukan mungkar pd Allah s.w.t
aku menjauhi jalan yg dibawa Penghuluku..
masih banyak perkara di dalam hati ini yg mengisahkan mengenai org len,mencampuri hal org len..memburukan ttg org len..baik di hati atw di mulut atw perbuatan (semuanya bermula dari hati yg telah kotor),amat bersalahnya aku..
Saya memohon keampunan dariMu Ya Allah..
cucutokku: kredit kepada ardicahyono.wordpress.com semoga Allah merahmatimu selalu,InsyaAllah)
Wednesday, October 28, 2009
Selawat
Artikel dibawah ini merupakan rangkuman dari forum diskusi Majelis Rasulullah http://www.majelisrasulullah.org, seputar amalan yang dapat menghantarkan kita dapat bertemu dengan Rasulullah melalui mimpi. Saya meringkasnya untuk mempermudah pemahaman dan pembacaan saja.
Bermula dari pertanyaan singkat ‘Bagaimana caranya saya dapat bertemu dengan Rasulullah ?’. Berikut ini jawaban Habib Munzir.
1. Mengenai berjumpa dg Rasul saw adalah dgn merindukan beliau saw dan memperbanyak amalan sunnah semampunya, dan memperbanyak shalawat, beliau saw mencintai kita dan memperhatikan kita lebih dari ayah bunda kita, beliau saw adalah ayah ruh bagi semua ummatnya, maka ruh kita tetap mudah berhubungan dengan ruh beliau saw, lewat mimpi misalnya, nah.. perkuat hubungan ruh anda dengan ruh beliau saw dengan shalawat ini :”Allahumma shalli alaa ruuhi sayyidina muhammadin fil arwah, wa ‘ala Jasadihi filjasad, wa alaa Qabrihi filqubuur” (wahai Allah limpahkan shalawat pada Ruh Sayyidina Muhammad di alam arwah, dan limpahkan pula pada Jasadnya di alam Jasad, dan pada kuburnya di alam kubur).
2. Anda bisa saja jumpa dgn Rasul saw dalam mimpi, perbanyaklah shalawat, cintailah sunnah, dan perbanyaklah bersedekah pada anak yatim, dan baktilah pada ibunda jika masih ada, ini adalah amalan amalan yg sangat dicintai oleh Rasul saw,
anda jangan tidur kecuali bibir anda terus bershalawat pada nabi saw, beliau saw akan menjumpa anda, dan yakinlah.
3. Saya (Habib Munzir) menyukai semua shalawat, dulu saya membaca 17 macam shalawat, diantaranya shalawat Syeikh Abdulqadir Aljailani yg panjangnya 13 halaman, namun kini saya membaca satu macam shalawat saja, yg diajarkan Rasul saw lewat mimpi pd saya, pendek saja yaitu : “ALLAHUMMA SHALLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALIHI WA SHAHBIHI WASALLIM“shalawat ini saya baca 5.000X setiap harinya, jika anda ingin membacanya silahkan, saya ijazahkan pada anda, boleh membacanya 100X, 200X atau lebih atau berapa saja sekemampuan anda dan luasnya waktu, dan bisa dibaca sambil dimobil, dijalan, atau dimanapun,
4. Masalah mimpi Rasul saw, saya (Habib Munzir) pernah bermimpi beliau saw dan mengadukan banyaknya orang yg rindu dg beliau saw namun belum jumpa dalam mimpi, beliau saw menutup wajahnya dan menangis, seraya berkata : “Tiada yg memisahkanku dg mereka selain tabir qudrat, dan mereka akan jumpa dg ku kelak ”beliau saw sangat perduli dan rindu pada ummatnya, lebih lebih yg mencintai beliau saw, dan telah teriwayatkan pada shahih Muslim bahwa beliau saw bersabda : “Ummatku yg paling cinta padaku adalah yg hidup setelah aku wafat, dan mereka sangat mengidamkan jumpa dg ku daripada harta dan keluarganya”.
cucutokku:kredit kepada blog.its.ac.id & warungbaca.wordpress.com(semoga Allah merahmati kamu semua, InsyaAllah)
Berziarah ke kubur wali
Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Attos di dalam menerangkan tentang berziarah kepada para wali, beliau menjelaskan bahwa keajaiban itu sendiri bukan bagian dari tasawuf, lebih lanjut beliau berkata : “Sebenarnya rahasia dan hikmah kofiyah yang dikenakan kepadamu oleh seorang wali adalah bertalian dengan tubuh si wali. Sedangkan tubuh si wali bertalian dengan hatinya. Sedangkan hatinya bertalian dengan salah satu hadirat dari hadirat-hadirat salah satu nama (Asma) Allah Ta’ala”.
Jadi, kaitan dan pertaliannya bersambung dari situ sampai ke hadirat yang menjadi tempat di mana hati si wali berada. Begitu juga ketika anda berziarah kepada salah seorang wali dari kalangan wali-wali Allah Ta’ala. Artinya, anda berziarah ke tanah di mana terdapat tindakan-tindakan dan amal-amal shalihnya. Sudah tentu amal-amal itu akan di sambut oleh salah satu Asma Allah Ta’ala, sebagaimana di kisahkan tentang lelaki yang menjadi pembantu Syekh Abdullah Ba’alawi, lantaran kecendrungannya pada persoalan kubur dan hikmahnya. Oleh karena itu orang-orang yang berziarah ke pekuburan kaum shalihin, artinya mereka menziarahi derajat-derajat mereka di sisi Allah. Bukan berziarah kepada pribadi dan bangkai mereka sebagaimana anggapan orang-orang wahabiyah.
Misalnya, dinyatakan kepada anda, bahwa ini adalah kuburan seorang wali. Lalu andapun menziarahinya dengan keyakinan bahwa ia adalah seorang wali Allah, niscaya anda akan memperoleh kekuatan darinya, meskipun ternyata bukan wali. Sebab, tujuan anda berziarah kepadanya adalah terhadap derajatnya, maka yang menyambut anda adalah derajatnya atas dasar keyakinan anda bahwa ia adalah wali. Sekiranya di katakan kepada anda, bahwa yang anda ziarahi itu adalah kuburan seorang kafir, apakah anda akan berziarah untuk kedua kalinya?.
Dari situ anda dapat ketahui, bahwa anda tidak menziarahi pribadinya, tetapi derajat yang menjadi pangkatnya, yaitu derajat kewaliannya. Yang anda yakini itulah yang menjadi penyebab di larang atau di bolehkannya berziarah.
Oleh karena itu, andapun mengetahui bahwa Nabi SAW. Pada awalnya melarang ziarah kubur, kemudian pada masa berikutnya justru memerintahkannya. Karena yang merupakan dasar penyebab pertama kali larangan itu adalah bahwa banyak dari kalangan para sahabat Radhiyallahu ‘Anhum, sebelum munculnya islam, bapak-bapak dan keluarga mereka terdiri dari orang-orang kafir. Mereka saling menziarahi di sebabkan di antara mereka itu adalah orang tua dan kerabat sendiri. Ketika Rasulullah SAW melarang berziarah kepada mereka Karena status mereka (yang mati) adalah orang-orang kafir. Tatkala muslim sudah sekian banyak dan sudah banyak pekuburan yang berisikan muslim, beliau memerintahkan para sahabat agar berziarah, dan bersabda : “Dahulu saya melarang kalian untuk tidak berziarah kubur. Sekarang berziarahlah!”.
cucutokku:kredit kepada penulis asal & dalyaanoon.blogspot.com(semoga Allah merahmati kamu semua, InsyaAllah)
Tuesday, October 27, 2009
Cermin Zuhud
Seringkali Sapi’i berasa badmood, Kadang Sapi’i berasa ingin marah, ingin memukul orang, ingin mencaci-maki orang. Rasa marah ini sering timbul, kadang tanpa sebab yang jelas. Dan kadang muncul kerana merasa hidupnya sesak, pedih, kelabu, gelisah, risau kerana memikirkan banyak masalah (baik yang real maupun khayal).
Suatu ketika dia bertemu dengan Kyai Mudakir, dan Sapi’i pun menanyakan masalahnya.
Sapi’i : Bagaimanakah untuk jadi bahagia, tidak sesak di dunia ini ?
Kyai Mudakir : Hidup yang zuhud.
Sapi’i : Zuhud ? bererti saya tidak perlu kerja, mengabaikan dunia ?
Kyai Mudakir : Gila apa !!! Wah pandanganmu tentang zuhud terlalu sempit anakku..
Sapi’i : Jadi apakah makna Zuhud ?
Kyai Mudakir : Zuhud adalah qasr al-’amal ertinya, pendek angan-angan, tidak banyak mengkhayal dan bersikap realistik. Jadi zuhud bukan bererti makan ala kadarnya dan berpakaian compang camping.
Contoh orang yang tidak zuhud itu begini :
Misalkan kamu bertemu perempuan cantik, terus kamu bayangkan, wah seandainya dia jadi isteriku, lalu punyai anak kembar, kita sehidup semati, kaya raya lagi …ohhh …ohhhh. Aku tampan, dia cantik, pasti anakku comel-comel …ohhh….ohhhh. Lama kelamaan kamu pasti gila.
Ketahuilah angan-angan itu tidak akan berhenti disitu, malah akan berlanjut ke yang lebih jauh lagi. Setelah berpisah dengan perempuan cantik tadi, pasti, kamu merasakan kerinduan yang amat sangat, hati kamu menderita. Kamu menderita karena meletakkan kebahagian pada dataran dunia (yaitu perempuan). Bukan bererti kamu tidak boleh memikir tentang perempuan, itu boleh saja asal jangan banyak berkhayal. Jangan memberi harga yang terlalu tinggi terhadap dunia ini. Yang wajar-wajar saja.
Sapi’i : Iya, saya sering sedih gara-gara masalah dunia yang berat.
Kyai Mudakir : Letakkanlah kebahagianmu pada dataran spiritual/akhirat. Hati kamu akan mantap, tidak mudah goyah. Tahan diri kamu terhadap pujian dan ejekan, tahan uji. Kamu tidak akan suntuk gara-gara hal dunia. Kebahagianmu adalah ketika kamu merasa berdialog denganNya, pada waktu sholat, pada waktu dzikir.
Sapi’i: Moga-moga saya boleh menjadi zuhud.
Kyai Mudakir : Pendekkanlah angan-anganmu, Untuk memendekkan angan-angan kamu harus tahu rumusnya.
Sapi’i: Rumus ? Seperti pelajaran Matematik saja.
Kyai Mudakir (sambil ketawa) : Matematik gilamu !!!.
Misalkan kamu baru putus dengan kekasih kamu, kamu sedih setengah mati karena kamu mengingat masa indah berdua, ingat lagu kalian berdua, tempat-tempat romantis yang kamu kunjungi, dll..
Rumusnya begini : Kamu mesti tahu, wanita itu makhluk siapa ? wanita, begitu juga lelaki merupakan makhlukNya. Dia lahir ke dunia ini dari 2 tempat kencing (pertama dari tempat kencing ayah ketika membuahi, kedua dari tempat kencing ibu ketika dilahirkan) dan ketika mati dia akan menjadi bangkai. Tidak ada yang istimewa dengan wanita. Yang membezakan cuma hatinya saja.
Begitu juga ketika kamu sedih karena diejek/dihina orang lain ? Setelah dihina, kamu lihat sahaja tubuh kamu, apakah tubuh kamu berkurang karena ejekan dia (misalnya : telinga hilang satu atau jari-jari tinggal empat). Misalkan kamu merasa sakit hati, Ketahuilah yang terpenting bagimu itu pandangan Allah terhadapmu, bukan pandangan makhluk kepadamu. Mau orang sedunia memusuhi kamu, berasa amat bodoh , yang penting kamu dekat dengan Yang Maha Kuasa.
Syekh Abdul Qadir Jailani berkata, “Dudukkanlah dirimu bersama kehidupan duniawi, sedangkan kalbumu bersama kehidupan akhirat, dan rasamu bersama Rabbmu.” Cuba cari tahu hakekat dunia ini, Santai aja lah.
cucutokku: kredit kepada superjenar.wordpress.com (Semoga Allah merahmati kamu semua, InsyaAllah)
Subscribe to:
Posts (Atom)